Salam Sume...Untuk Entry yang kali nie, aku nak ceritakan ttg latar belakang Cik Fif nie..hoho..im pretty sure korg kenal sapa Cik Fif kan..weeeee..Back to the story.............Genap
seperti tarikh yang telah ditakdirkan oleh Allah, maka di suatu rumah
di dalam sebuah kampung di ipoh,perak, seorang bayi kecil telah
dilahirkan sewaktu semua orang masih lena diulit mimpi (3.00
am)...bertemankan bidan kampung yang suatu ketika dulu sangat popular
dengan kemahiran menyambut kelahiran bayi, aku telah selamat keluar
untuk melihat dunia ini...huhu..
Aku
membesar dalam keluarga yang sederhana..tp alhamdulillah segala makan,
pakai, keperluan cukup sempurna disediakan oleh umi dan buya
ku..hehe..aku sangat bersyukkur mempunyai parent seperti umi dan buya
ku....
Aku
mempunyai 5 orang adik beradik (4 perempuan dan 1 lelaki)..Umi dan buya
ku merupakan seorang perantau dimana mereka telah memilih, mencari dan
menetapkan untuk merantau di Malaysia dan menjalani kehidupan mereka di
Malaysia...sesungguhnya aku sgt2 bersyukur umi n buya pilih Malaysia
sebagai tempat kami..(tp kadang2 terpikir jugak,nape x
singapore..hahaha)..secara amnya..cuma aku n keluarga aku je yg menetap
dkt Malaysia..yang lain2 nya..saudara mara aku..semuanya menetap di
tempat asal umi n buya...huhu..jadi!!susah senang kami adalah
bersama2..sbb tu aku sgt syg keluarga aku...:)..apa2 hal pun, family
first!!yg laen semua boleh datang kemudian...insyallah...
So! mesti korang tertanya2 kan umin buya berasal dari mana??..kan3.. cube la tekaaa...jeng3..
Tp
aku rase korg dapat teka jugak...jd, aku jawab je la ek...Umi n Buya
berasal dari negara seberang..iaitu Indonesia..Umi n Buya da lama
menetap dekat Malaysia..sebab tu la aku boley jadi warganegara
Malaysia..hohoho..tp kadang2 aku pelik cikit la dkt orang2 ni kan..bila
aku cakap latar belakang keluarga aku...diorang mesti akan tanya "habis
tu ko warganegra ke x?"..hahaha..kadang2 aku nk tergelak pun ada bila
orang tanya macam tu..bagi aku,diorang patut tnya "ko lahir dkt sini
ke"..sbb diorang patut tau,kalau aku lahir dekat sini, jadi sah dan
halalnye aku memang anak Malaysia...tak gitu korang??kan3...hihihi..
Ermmm...dengan
latar belakang seperti keluarga aku nie, memang dugaan kami untuk hidup
kat sini leh tahan susah jugak la...sebab! Malaysia kan sentiasa
mengutamakan bumiputera dan warganegara nya sendiri..dengan latar
belakang aku nie, macam2 masalah juga yang aku n keluarga
tempuhi..tapi..semua tu aku akan crita dekat entry2
seterusnya...hohoho..tapi secara berperingkat la ek..hehehe...
Cukup dulu untuk masa nie..daaa~~~
No comments:
Post a Comment
meh la komen2 dulu ye..:)