Monday, August 24, 2020

Kencing Manis ketika bersalin @ GDM

 Salam HoMH...

Moga semua sihat2 serta dirahmati...amin3.. Malam ni, rasa terpanggil nak buat pos ni sebab kawan adik tanya pasal kencing manis waktu mengandung..Beliau merupakan ibu muda, anak 1st dan beliau rasa amat susah hati bila disahkan kencing manis...Mari sama2 kita tambahkan pengetahuan..tapi ini adalah versi santai dan ringkas berdasarkan pengalaman..kalau nak versi fakta ,banyak blog yang share topik ni dengan fakta dan ulasan doktor..yang ini ulasan daripada ibu yang pernah mengalami kencing manis ketika hamil iaitu aku sendiri...hehehehe

----------------------------------------------------------------------

KENCING MANIS semasa hamil , atau pun orang panggil GDM(Gestational Diabetes Mellitus) adalah normal berlaku di kalangan ibu hamil..GDM semasa kehamilan adalah satu perkara yang merbahaya sekiranya tidak dikawal dan boleh mebahayakan bayi, dimana oksigen tidak dapat sampai kepada bayi..Apabila ibu2 hamil dikategorikan mempunyai GDM, rutin check-upkandungan daripada sebulan sekali, akan bertukar kepada setiap 2 minggu..setiap 2 minggu, ibu2 perlu ke klinik untuk checkup kandungan.

MACAM MANA KITA NAK TAHU SAMADA KITA GDM ATAU TIDAK??

-BERDASARKAN KEPUTUSAN UJIAN MINUM AIR GULA (MGTT)

Biasanya, bila week 20 ,lebih kurang la ye, kita akan minum air gula (MGTT)..post berkenaan MGTT ni sy pernah buat sblm nie..1-2 hari selepas minum air gula, klinik akan call kita sekiranya keputusan kita menghidap GDM..tapi kalau da 5 hari klinik tak call, biasanya tiada sebarang masalah dengan result test MGTT..link sblm nie yg sy pernah sharing pasal minim air gulaπŸ‘‡πŸ‘‡

https://singgahdulula.blogspot.com/2015/05/minum-air-gula-untuk-ibu-mengandung-tu.html


APA YANG PERLU DI BUAT BILA KENA KENCING MANIS(GDM)

Bila kite dah disahkan kencing manis ketika bersalin, apa yg perlu di lakukan adalah KAWAL PEMAKANAN supaya bole mengawal kandungan glukosa dlm darah..klinik kesihatan akan set appointmnt utk ibu2 gdm menghadiri ceramah pemakanan...ianya umpama satu kelas kecil yang dihadiri oleh  beberapa ibu2 hamil yg GDM.. Intipati ceramah tersebut berkisar tentang bagaimana mengawal pemakanan..kita akan di ajar, kuantiti dan jenis2 mknn yang perlu diambil sewaktu breakfast,lunch n dinner..snek di antara waktu nya dan sebagainya..😊..

Blood Sugar Profile(BSP)

Selepas itu, ibu2 akan disuruh untuk menjalankan ujian BSP..

* BSP nie dilakukan setiap 2 minggu..

*Ujian BSP nie memerlukan kita ambil darah sebanyak 4x dalam sehari..tapi cuma tap sikit je darah di hujung jari..Nurse akan beritahu kita, pukul berapa untuk melakukan BSP test (contohnya: jam 8am, 2am, 6am, 9pm)..Jadi dalam sehari, ibu2 akan ke klinik sebanyak 4x mengikut waktu2 yang ditetapkan kerana ujian BSP nie perlu dilakukan di klinik..2 jam sebelum waktu untuk ujian BSP, ibu2 hamil perlu puasa makan..

*Keesokan harinya, selepas ujian BSP, ibu2 akan ada appointment dgn nurse di KK untuk nurse pantau bacaan BSP..Jadi dalam seminggu tu, 2x ibu2 perlu ke klinik...memang begitulah kalau ibu2 hamil GDM, perlu sentiasa pegi ke klinik untuk check..agak renyah jugak la, tambahan kalau tak ada transport atau tak ada org jaga anak kecil..tapi itu adalah prosedur untuk ibu2 hamil GDM demi keselamatan ibu dan baby dalam kandungan...InsyaALLAH, dipermudahkan urusan oleh Nya...

Terdapat juga yang boleh buat test BSP sendiri dengan menggunakan alat khas (glucose meter), tapi ianya case by case..perlu dapat kelulusan dari doc dulu, baru boleh buat test BSP sendiri..

Saya bagi contoh untuk mudah faham:

Hari nie hari Selasa..Liza (ibu hamil GDM) perlu buat BSP test. Jam 8 am lagi Liza dah berada di klinik untuk buat BSP..sebelum tu, dari jam 6am, Liza dah berpuasa tak makan apa2 lagi..biasanya hanya ambil masa tak sampai 5 minit pun untuk BSP test..Liza berulang ke klinik sebanyak 4x pada haritu, dan yang terakhir adalah jam 9pm..Keesokan harinya(hari Rabu), Liza perlu datang ke klinik lagi untuk menunjukkan bacaan BSP test yang smlm kepada nurse.

TIPS: Untuk megurangkan  kekerapan ulang alik klinik, selaraskan dan bincang dengan nurse supaya tarikh checkup kandungan adalah sehari selepas BSP test..sy pernah kena, tarikh checkup tak sama dengan tarikh sehari selepas BSP test, akibatnya, setiap minggu saya perlu ke klinik kesihatan untuk appointmnt dengan nurse...

post tentang ujian BSP nie, sy pernah share dlm entry beberapa tahun lepas..bole klik entry kat bwh nie..πŸ‘‡πŸ‘‡ngeee..

https://singgahdulula.blogspot.com/2015/06/ujian-bsp-untuk-ibu-mengandung.html

Selebihnya apa yg perlu dilakukan adalah pengawalan makanan seperti yang di cadangkan oleh nutrition..sekiranya keputusan Ujian BSP kita tinggi dari limit yang sepatutnya, ada kemungkinana kita akan di kategorikan sebagai pesakit GDM on insulin...HAAAA....bila da kategori GDM on insulin. Ibu2 GDM on insulin, perlu cucuk sendiri insulin..Kalau boeh elak, kita elak ye ibu2 semua..:)

SAMPAI BILA NAK BUAT BSP NIE..??

BSP perlu dilakukan sehingga kita bersalin..walaupun bacaan ujian BSP kita cantik, itu tak bermakna kita boleh dikecualikan dari mengambil ujian BSP seterusnya..Once kita dah di kategorikan sebagai ibu hamil yg ada GDM, selamanya sehingga bersalin kita dibawah kategori GDM..semua prosedur perlu diikuti walaupun bacaan BSP kita cantik...huhuhuhu...

Next...BAGAIMANA PROSES BERSALIN UNTUK IBU2 GDM....??

Ibu GDM on diet, wajib bersalin 40 week usia kehamilan..tidak boleh lebih dari 40w..kurang boleh..

Ibu GDM on insulin, wajib bersalin 38 week usia kehamilan.tidak boleh bersalin lebih dari 38w,kurang bole..

Jadi, saya pernah terbaca banyak persoalan, "saya GDM, sy tak boleh bersalin normal ke?"

"sy GDM, sy kena czer ka waktu bersalin nnt"....Di sini sy nak jelaskan, berhubung bersalin NORMAL atau CZER untuk ibu2 yang GDM...

Sekiranya ibu2 GDM telah sampai waktu matang untuk bersalin (40w atau 38w), dan masih belum ada sebarang tanda2 bersalin, ibu2 akan di arahkan  masuk wad bersalin sehari sebelum usia kandungan cecah 40w @ 38w..biasanya, surat admit wad dari KK ni, akan diberikan oleh doc sewaktu kandungan ibu2 36w (tergantung pda klinik kesihatan)..

Contohnya:

Hari Rabu ni, usia kandungan Liza genap 40w dan masih belum ada tanda bersalin. Jadi, pada hari selasa (usia kandungan 39w 6d), Liza mesti admit wad bersalin dengan menunjukkan surat yang telah diberikan oleh doc dari klinik kesihatan kepada pihak hospital.Liza digalakkan untuk masuk wad di awal pagi, kerana banyak prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak hospital (cek keadaan baby dan cek keadaan ibu)

Di wad bersalin nanti, doc akan cek apa yang patut, dan sekiranya mmg tiada sebarang tanda2, ibu2 akan di induce supaya bersalin normal..Bersalin secara CZER hanya akan DILAKUKAN sekiranya ibu2 didapati ada komplikasi pada baby, atau ada masalah melahirkan sewaktu meneran, atau baby hampir lemas, atau saiz baby besar dan yang seangkatan dengannya...sekiranya dah induce, bukaan dah ada, ibu2 akan go for bersalin normal, melainkan sewaktu di labour room ada masalah dgn baby, baru ibu2 akan disuruh utk emergency czer..

Jadi ramai ibu2 yang salah faham. Apabila mendengar, "mesti bersalin bila kandungan dah 40w atau 38 w", ibu2 ingat, tiada tanda2 bersalin ketika itu, doc akan czer supaya bersalin....TIDAKKKK...!!sama sekali tidakk...doc akan go for normal dulu dgn cara induce atau masuk belon...dapat kan??saya harap, ibu2 jelas ye berkenaan isu ibu2 GDM bersalin NORMAL atau CZER...😊

APA YANG BERLAKU SELEPASA BERSALIN

Selepas bersalin, selagi kita belum discas dari wad, BSP masih perlu dilakukan..nurse akan ambil darah kita untuk test..begitu juga dengan baby..nurse akan ambil darah baby dari tapak kaki(sikit aje,ujungnye) untuk buat test BSP..cuma kekerapan untuk baby bukan 4x..sekiranya bacaan BSP kita kurg cantik waktu dekat wad, nurse akan suruh kita minum air gula semula selepas habis pantang nanti...biasanya waktu tu, kita dah tak ada kencing manis..tetapi ada juga kes yg kencing manis masih kekal walaupun dah bersalin..

TIPS:

Sy nak share sedikit tips pemakanan yg saya amalkan daripada ceramah pemakanan sewaktu GDM on diet dulu ...

Basically, cara control pemakanan untuk ibu2 GDM lebih kurang macam orang diet suku2 separuh..portion nasi semangkuk kecil/ sepereempat..ikan/ayam satu per empat..sayur separuh..

Tak boleh ambil air manis..Air kelapa yang original juga mempuyai kandungan gula yang tinggi..Aiskrim dan kek memang TIDAK boleh..kalau tercuit2 sikit tu, minum air masak banyak2, berganda sikit dari biasa,,,tapi cuit sikiiiiiiiiiittt je tauuu!!!

Kalau buah2 pula, makan buah selepas makan nasi..ini yang nutrition beritahu..sebabnye, glukosa2  buah tu ditapis  oleh makanan yang kita makan tadi...jadi glukosa lambat sampai, insulin ada masa untuk proses gula sedikit demi sedikit..lebih kurang macam tu la pemahamannya..pemahaman bahasa PASAR untuk kita rakyat biasa paham, oke la kan..kalau teori n detail nya, boleh cari dari doc2 yang lebih berpengalaman ye...

Buah pun ada jenis2 buah yang bole dimakan...buah yang kurang manis..DURIAN memang TAK BOLEH walau seulas..kandungan gula dalam durian SANGAT2 TINGGI..

contoh sarapan: segelas susu + 4 keping  biskut wholemeal tanpa gula

Pukul 11 (snek) : makan epal hijau

Lunch :konsep suku2 separuh

Pukul 4(lapar lagi): makan buah atau sebiji kuih

Dinner: konsep suku2 separuh

Jadi Itulah serba sedikit info buat ibu2 hamil yang mengalami GDM berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya...Diharap info2 ini dapat membantu ibu2 sementara belum dapat penerangan yang jelas dari nurse KK..sebab saya dulu pun,bila dpt tahu kena GDM (thru call), terus search dkt google nk dapatkan info ttg GDM nie(susah hati pnye pasal)...Apa pun, ibu2 yang ada GDM, JANGAN STRESS..mmg macam2 prosedur kita nak follow n buat, layankan ajee....enjoy ur pregnancy moment walaupun kena appointment byk kali...TRUST ME, one day, u will miss THIS moment and u will not believe how tough u are during your pregnancy...Seriously, miss the moment!!  

So, all the best and gud luck untuk ibu2 hamil yang lain nye...Semoga dipermudahkan urusan ibu2 hamil semua dan selamat melahirkan khalifah2 Allah ini....AMIN3...salaammm...daaa~~☺




Saturday, August 8, 2020

Cara Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

 Salam semua..

Bulan merdeka sudah kembali..Bagi mini family kami, bulan merdeka nie bulan yang bz dengan hari2 yang spesel..hehe..salah satunya hari jadi Adilah(anak sulung)..so sempena bulan kelahiran Adilah, Fif teringat kembali memori2 waktu lahirkan Adilah..anak 1st kan, macam2 la benda dan pengalaman yang kite belajo..huhu..Sesuai dengan tajuk kali nie, lets check it outt :)


Masa bersalinkan Adilah nie dulu, Fif alami masalah sembelit..waktu tu, dekat 9 hari tak bole buang air besar..rasa tak selesa sebab tak membuang tu, tak tau macam mana nak cakap, sampaikan nak duduk menyusu pun senget2 jadinya sebab tak boleh duduk tegak...yes!!btul.mmg serius...seksanyaaa waktu tu..

Sewaktu tahun 2015 bersalinkan Adilah, masa keluar dari wad, hospital bagi beberapa ubat, termasuk la ubat sembelit..tapi sekaranng nie, hospital tak bagi ubat tu dah..tak tau la kenapa kan..yang paling latest tahun 2019, Fif cuma dapat ubat tambah darah jek..ok, bebalik pada ubat sembelit hospital tadi, ubatnye ada dua jenis, jenis minum, dan jenis masuk tang bawah (paham2 la ye jenis yang mana)..hohoho..so, lepas dua hari, masih tak membuang lagi..ubat sembelit hospital dah makan, tapi tak berkesan nampaknya...kalau ada yang keluar pun, seconet cinit jek..buah oren da makan pun x jalan..sunsweet habis sebekas pun tak menjadi..air masak,jangan cakap da banyak mana togoknye..kurma dah amalkan setiap hari, juga kurang berkesan..nie dalam perut da penuh bermacam da nie..sakitnya  menahan, Allah je tau...huhuhu...

Hari ke-9...apa yang berlaku...

Nurse kk datang cek kat umh..time tu mengadu dekat nurse tu sembelit, najis awal2 keras, susah nak keluar...nak dijadikan rezeki dipertemukan dengan nurse singh, nurse tu suggest untuk pergi beli ubat NI dktt farmasi..ingat lagi nurse tu cakap, ubat NI untuk MELEMBUTKAN najis..biasanya bila dah beberapa hari tak membuang, kepala najis akan mula keras, so ubat NI akan melembutkan najis tersebut untuk memudahkan proses membuang, tanpe perlu teran kuat2.. yesss!!memang terbukti BENAR dan SAHIH...So, apakah ubatnyeee..????Jennngggg3x.....!!UBAT NYE ADALAH NOVALAX...bentuknya bulat kecil berwarna kuning..memang ada jual dekat mana2 farmasi..


Ini lah NOVALAX..bole membantu melembutkan najis
Ini lah NOVALAX, ubat untuk melembutkan najis


Ini pada pandangan Fif la kan, ubat yang hospital bagi masuk tang bawah tuu, bila kita guna je ubat tu, dia trigger usus2 kita untuk menjalankan proses pembuangan air beso, tp kalo bahagian "awal" tu keras, tak ley keluar, trigger macam mana pun, tak boleh juga keluar..nak teran lebih2 tak boleh sebab nak jaga jaahitan supaya tak koyak..kan3..

Macam Novalax nie pulak, ia membantu melembutkan najis..diulangi ye..melembutkan najis...jadi kalau yang dah berhari2 tak membuang dan najis keras, susah keluar, boleh ikhtiar guna ubat nie..ini ubat MAKAN tau, bukan masuk2 bawah ye..hehe..Ada segelintir yang mengalami sembelit, tetapi najisnya lembut,tak keras..dalam kes yang sebsegitu, ibu2 hanya perlu trigger untuk najis keluar sahaja..

Tapi bergantung juga la pada badan seseorang samada sesuai atau tidak dengan ubat nie..cuma tak salah kalau ikhtiar bila dah berhari2 tak boleh membuang kan..Untuk Fif, NOVALAX nie sesuai untuk Fif..sampai anak ke-3 pun Fif memang standby NOVALAX nie..macam Fif makan sebiji pun dah berkesan..makan 2x pun dah cukup..pastu simpan la ubat ni, bila2 sembelit lagi,bole guna lagi...hehe..

Thanks sangat dengan nurse kk yang suggest NOVALAX nie, sampai anak ketiga pun masih lagi jumpa dengan nurse nie..hehe...Ibu2 yang dalam pantang dan masalah sembelit, bolelah ikhtiar guna ubat nie..Insyallah...topik sembelit nie memang rasa macam kelakar kan bila kita cerita najis keras la, kepala najis la, tp realitinya peratusan orang yang mengalami sembelit nie, memang banyak..bukan sahaja tertumpu kepada ibu selepas berpantang, dari bayi sehingga orang2 tua, pasti ada yang mengalami sembelit dan ia boleh menjadi salah satu masalah kesihatan yang serius..namun, oleh kerana namanya najis, seringkali kita akan merasakan ia adalah satu topik yang kotor dan malu untuk dibincangkan...

Ok la korg..sampai sini dulu sharing pengalaman n tips ye..ada rezeki nnt, Fif nak sharing pasal pengalaman HEMATOMA plak..daaa sume....salammmm..

Sunday, July 26, 2020

July 2020

Assalam to all readers...tak terasa kan,sekejap je dah sampai bulan July tahun 2020..masa berlalu dengan sangat pantas..Entry kali nie, cuma nak borak2 kosong je, bagi jari jemari ni exercise sikit biar kurus..hehe

Dulu waktu kecil2, tak sabar nak tunggu tahun 2020.sebab apee???..sume yang lair tahun 80 an mesti tau kannn...hehe..sebabnye tak sabar nak tengok kereta terbang..time tu jugak siap kira, 'tahun 2020 nanti umur aku dah berapa ye...ohh tua da la time tu..' semua kita tahu, tahun 2020 nanti zaman maju, macam2 kemajuan akan dapat kita lihat dan nikmati..

Tapi perancangan ALLAH itu lebih cantik..Dia menghadirkan wabak kepada kita..seluruhan dunia mengalami wabak tersebut dan itu pun dalam masa yang serentak!!Subahanallah...KORONA VIRUS..COVID 19...itulah hadiah istimewa dari Dia sempena tahun 2020..Musibah dan hikmah..kedua2 nya bergabung dalam satu masa..

Musibah
1. Ekonomi dunia terumbang ambing
2.Ramai yang hilang pekerjaan
3.Kebebasan disekat
4.Pelbagai urusan tergendala
5. Para peniaga tak dapat berniaga-hilang sumber pendapatan
6.Masjid tidak boleh dikunjungi
 dan sebagainya lah ye..kalau senaraikan nanti,tak habis pulak..

Hikmah
.1. Dunia semakin bersih -kilang2 tak beroperasi
2.Keluarga yang tinggal serumah sebelum ni susah bersemuka, dapat luangkan masa bersama
3.Suami menjadi lebih bertanggungjawab kena beli barang dapur (tak pernah2 tahu jenis sayur n ikan, dah pandai skrg)
4.Sebelum ni tak pandai berniaga, da mula belajar berniaga untuk kelangsungan hidup
5. Suami yang jarang2 mengimamkan isteri di rumah, mengimamkan isteri solat tarawikh

dan sebgainya jugak la ye..

Jadi kita ni, sekiranya di timpa sesuatu musibah, jangan sesekali cepat melatah dan mengeluh..Apabila musibah datang....Duduk seketika, renung kembali apa yang kita lakukan, muhasabah kembali diri kita. Lakukannya dengan tenang. Cari penyelesaian kepada musibah kita..Jangan sesekali biarkan musibah itu tanpa sebarang jalan penyelesaian..sekiranya buntu, berbincang dengan orang yang lebih arif untuk mencari penyelesaian. Kemudian, bertindak lah menyelesaikan musibah tersebut. Dalam pada itu, jangan  lupa juga, renungkan apa hikmah yang berlaku di sebalik musibah itu..Setiap yang berlaku,memang ada hikmahnya. Cuma kita sebagai manusia, lupa, alpa untuk melihat kebaikan di sebalik musibah. Yakin dan percaya serta diiringi dengan doa kepada Nya...

Senjata mukmin yang paling kuat itu adalah DOA..ya!! DOA..yakin dengan doa kamu..!!

Sepanjang PKP, PKPB, PKPP macam2 peristiwa yang berlaku..anak2..?? kesian tengok  mereka terperap di rumah..tapi Alhamdulillah, diorg tak banyak ragam..layankan aje covid 19 nie...hehe..

Ok la, sekian dahulu pemanasan jari jemari gebu gebas nie..ada rezeki ,sambung next entry..silap2 ,tahun depan baru ada entry baru..hahahhahaa..ok dlu..byeee..