Saturday, August 8, 2020

Cara Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

 Salam semua..

Bulan merdeka sudah kembali..Bagi mini family kami, bulan merdeka nie bulan yang bz dengan hari2 yang spesel..hehe..salah satunya hari jadi Adilah(anak sulung)..so sempena bulan kelahiran Adilah, Fif teringat kembali memori2 waktu lahirkan Adilah..anak 1st kan, macam2 la benda dan pengalaman yang kite belajo..huhu..Sesuai dengan tajuk kali nie, lets check it outt :)


Masa bersalinkan Adilah nie dulu, Fif alami masalah sembelit..waktu tu, dekat 9 hari tak bole buang air besar..rasa tak selesa sebab tak membuang tu, tak tau macam mana nak cakap, sampaikan nak duduk menyusu pun senget2 jadinya sebab tak boleh duduk tegak...yes!!btul.mmg serius...seksanyaaa waktu tu..

Sewaktu tahun 2015 bersalinkan Adilah, masa keluar dari wad, hospital bagi beberapa ubat, termasuk la ubat sembelit..tapi sekaranng nie, hospital tak bagi ubat tu dah..tak tau la kenapa kan..yang paling latest tahun 2019, Fif cuma dapat ubat tambah darah jek..ok, bebalik pada ubat sembelit hospital tadi, ubatnye ada dua jenis, jenis minum, dan jenis masuk tang bawah (paham2 la ye jenis yang mana)..hohoho..so, lepas dua hari, masih tak membuang lagi..ubat sembelit hospital dah makan, tapi tak berkesan nampaknya...kalau ada yang keluar pun, seconet cinit jek..buah oren da makan pun x jalan..sunsweet habis sebekas pun tak menjadi..air masak,jangan cakap da banyak mana togoknye..kurma dah amalkan setiap hari, juga kurang berkesan..nie dalam perut da penuh bermacam da nie..sakitnya  menahan, Allah je tau...huhuhu...

Hari ke-9...apa yang berlaku...

Nurse kk datang cek kat umh..time tu mengadu dekat nurse tu sembelit, najis awal2 keras, susah nak keluar...nak dijadikan rezeki dipertemukan dengan nurse singh, nurse tu suggest untuk pergi beli ubat NI dktt farmasi..ingat lagi nurse tu cakap, ubat NI untuk MELEMBUTKAN najis..biasanya bila dah beberapa hari tak membuang, kepala najis akan mula keras, so ubat NI akan melembutkan najis tersebut untuk memudahkan proses membuang, tanpe perlu teran kuat2.. yesss!!memang terbukti BENAR dan SAHIH...So, apakah ubatnyeee..????Jennngggg3x.....!!UBAT NYE ADALAH NOVALAX...bentuknya bulat kecil berwarna kuning..memang ada jual dekat mana2 farmasi..


Ini lah NOVALAX..bole membantu melembutkan najis
Ini lah NOVALAX, ubat untuk melembutkan najis


Ini pada pandangan Fif la kan, ubat yang hospital bagi masuk tang bawah tuu, bila kita guna je ubat tu, dia trigger usus2 kita untuk menjalankan proses pembuangan air beso, tp kalo bahagian "awal" tu keras, tak ley keluar, trigger macam mana pun, tak boleh juga keluar..nak teran lebih2 tak boleh sebab nak jaga jaahitan supaya tak koyak..kan3..

Macam Novalax nie pulak, ia membantu melembutkan najis..diulangi ye..melembutkan najis...jadi kalau yang dah berhari2 tak membuang dan najis keras, susah keluar, boleh ikhtiar guna ubat nie..ini ubat MAKAN tau, bukan masuk2 bawah ye..hehe..Ada segelintir yang mengalami sembelit, tetapi najisnya lembut,tak keras..dalam kes yang sebsegitu, ibu2 hanya perlu trigger untuk najis keluar sahaja..

Tapi bergantung juga la pada badan seseorang samada sesuai atau tidak dengan ubat nie..cuma tak salah kalau ikhtiar bila dah berhari2 tak boleh membuang kan..Untuk Fif, NOVALAX nie sesuai untuk Fif..sampai anak ke-3 pun Fif memang standby NOVALAX nie..macam Fif makan sebiji pun dah berkesan..makan 2x pun dah cukup..pastu simpan la ubat ni, bila2 sembelit lagi,bole guna lagi...hehe..

Thanks sangat dengan nurse kk yang suggest NOVALAX nie, sampai anak ketiga pun masih lagi jumpa dengan nurse nie..hehe...Ibu2 yang dalam pantang dan masalah sembelit, bolelah ikhtiar guna ubat nie..Insyallah...topik sembelit nie memang rasa macam kelakar kan bila kita cerita najis keras la, kepala najis la, tp realitinya peratusan orang yang mengalami sembelit nie, memang banyak..bukan sahaja tertumpu kepada ibu selepas berpantang, dari bayi sehingga orang2 tua, pasti ada yang mengalami sembelit dan ia boleh menjadi salah satu masalah kesihatan yang serius..namun, oleh kerana namanya najis, seringkali kita akan merasakan ia adalah satu topik yang kotor dan malu untuk dibincangkan...

Ok la korg..sampai sini dulu sharing pengalaman n tips ye..ada rezeki nnt, Fif nak sharing pasal pengalaman HEMATOMA plak..daaa sume....salammmm..

No comments:

Post a Comment

meh la komen2 dulu ye..:)