Salam to all..ngeee...da lama tak uat entry baru kan..huhu..this month seriously bz, so mood menentry tu tak bape nak hadir..yuhuu..ok2..entry kali ni nak share tips2 untuk menghilangkan pwot bunchet..ngeh3..seswai dengan tema opismate2 aku untuk bulan Mac nie, sume deme dok jaga makan n target untuk turunkan berat badan..so! indirectly,aku pun jadi lebih bersemangat lagi..yauuu!iyooo la..previouly,mmg da ade niat nak diet untuk turunkan berat badan,tp asek cpt tergoda dengan makanan je..huhu..
So,berbalik kepada topik rini..untuk menghilgkn masalah perut buncit ni, perkara yang paling utama adalah DISIPLIN!! kalau kita buat macam2 cara pun, tapi kalau kita tak displin, semuanya tak akan menjadi..betul tak korang?? so, aku dok search internet tentang tip hilangkan perut buncit..terniatlah di hati kecil ni untuk share dengan sume..dan juga untuk mendisplinkan diri aku..hehehe..
Kenkawan yang ingin join the club untuk menghilangkan perut buncit nie, marilah cube tips2 yang simple nie..hehehe..selamat mencuba.....~~
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu
akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan
kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan
jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih
efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat
kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas
yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah
sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya
menyebabkan proses kembung perut berlaku.
Jangan plak korang makan cenggini..ngeh3 |
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium
terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran
air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan
gas-gas yang terbentuk.
Kurang2kan la ye garam nie... |
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk
mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran
hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses
penjagaan ini.
Nyum3..kena amalkan yang nie.. |
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai
jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai
contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan
timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
Ini punca2 nie..no no no... |
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam
pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu.
Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang
berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh
menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah
digalakkan.
Oppssss!! |
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan
kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan
pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan
dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini
seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan
ketinggian dan berat badan.
ini yang paling penting..barula betul... |
Apa-apa pun yang penting, kenalah DISIPLIN..!!!jangan lupa tau..disiplin...Marila sama2 mencubaaa..yeayy!!Daaa~~
Asal 7 je tipsnya?kata 10.tipuuuuu..hee..aku rsa aku buncit sbb no 2 ngn 5 r..huhu
ReplyDeleteopss..typo..aku plk rase aku buncit sbb sume except 5..parah2..huahahah
DeleteKalauu tak berhasil , kite tamo kawan Fif ! Hahaha. :D
ReplyDeletenamo cenggitu..hehe..jom2..same2 kite..tapi fif tgk nad da slim da...hehe
Delete