Wednesday, March 5, 2014

Pilihan Sendiri VS Pilihan Keluarga

Salam all..

Topik harini macam menarik kan...Jodoh Pilihan sendiri ATAU Pilihan keluarga...??? Yang mana satu lebih menjadi tumpuan anak-anak zaman sekarang ye..hehehe..

So..jom kite membincangkan topik nie...

Pilihan Sendiri--------->>>

Zaman sekarang yang serba moden ,rata-rata ramai yang memilih untuk mencari sendiri pasangan hidup masing-masing..Adakala tak terniat pun untuk mencari pasanagan hidup, tapi perkara tu datang dengan sendirinya..(makasudnye ada orang ngorat la..hoho).

Kadang-kadang perkara nie terjadi tanpa disangka..kerana mungkin kita melakukan sesuatu untuk sesuatu tujuan lain, tetapi perkara jodoh  ini hadir dengan sendirinya..seperti contoh:

Situasi 1:
Belajar di satu universiti/kolej yang sama, atau bekerja di satu tempat yang sama/berdekatan kemudian cinta pandang pertama, kemudian mengorat atau dingorat, kemudian jatuh hati lalu bercinta...

Situasi 2:
Belajar di satu universiti/kolej yang sama, atau bekerja di satu tempat yang sama/berdekata, kemudian ada aktiviti yang memerlukan mereka sentiasa berbincang bersama, semakin rapat kerana aktiviti tersebut kerana sentiasa berbincang bersama, selesa dengan si dia, sehari tidak berhubung mula berasa tidak selesa/sunyi, kemudian meluah perasaan, lalu bercinta...

Situasi 3:
Terjumpa atau terserempak dimana-mana dan saling berhubung kerana satu peristiwa, mula berkawan, mula ada perasaan selesa, meluah perasaan ,lalu bercinta..

Situasi 4:
Merupakan kawan lama, kemudian bertemu kembali atau berhubung kembali, berkawan semula dan menjadi rapat, selesa dan kemudian berhubung semula..

Contoh-contoh situasi di atas adalah situasi dimana kita tidak sengaja telah bercinta dengan seseorang itu..ada juga situasi  yang sengaja maksudnya dia berusaha sendiri untuk mencari jodohnya..seperti contoh...

Situasi 5:
Bertanya kepada rakan-rakan sekiranya ada diantara orang yang mereka kenal masih single mingle..ataupun menyertai mana-mana kelab atau laman web sosial untuk mencari jodoh..

Begitulah antara beberapa contoh situasi yang kebiasaan dihadapi oleh kita semua..kalau nak disenaraikan jenis-jenis situasi, memang banyak..mungkin korang semua boleh share macam mana anda semua beertemu dengan pasangan masing-masing...barulah kita boleh dengar macam-macam sweet memory kan3...hehe..

So, pada zaman sekarang nie, ramai yang prefer unutk mencari pilihan sendiri kerana perkara ni akan membuatkan kita lebih memahami tentang pasangan masing-masing..kita boleh ikut rentak dia dan sebaliknya...selain itu juga persefahaman pun dapat dicapai bagi mengelakkan ada selisih faham dikemudian hari..

Melalui cara seperti ini, pasangan boleh berpisah sebelum berkahwin sekiranya merasakan hubungan mereka tidak serasi ..seharusnya bila kebanyakan pasangan telah memilih sendiri pasangan hidup masing-masing kadar penceraian akan semakin berkurang..tetapi terbalik! kadar penceraian semakin tinggi..

Pilihan Keluarga------->>

Jika dibandingkan dengan zaman dulu-dulu (zaman ibu bapa kita), rata-rata mungkin mereka berkahwin kerana pilihan keluarga..Melalui pilihan keluarga, kita tidak akan dapat mengenali pasangan kita dengan lebih rapat lagi..dalam erti kata lain, selepas kawin baru kita akan mengenali pasangan kita ataupun istilahnya bercinta..sewaktu itu,baik dan buruk pasangan harus diterima..walaupun mereka tidak sersi,tetapi mereka wajib menyesuaikan diri dengan situasi perhubungan masing-masing..dengan berkat usaha dan ketabahan serta restu keluarga, alhamdulillahh kebiasaanyaa jodoh pilihan keluarga akan lebih kekal lama berbanding pilihan sendiri..Namun ada jua segelintir kes yang berlakunya penceraian..

Mengapa Begitu ye???

Persoalan ini akan menjadi tanda tanya dalam diri kita..kenapa begitu..Em,biasalah setiap situasi itu ada pro dan kontra..

Kebaikan memilih pasangan sendiri
  • Dapat menegenali hati budi pasangan sebelum kahwin,ini dapat mengelakkan daripada hubungan yang tidak serasi selepas berkahwin
  • Dapat membuat pilihan dalam mencari bakal suami yang diimpikan.
Kontra memilih pasangan sendiri
  • Tersalah pilih dimana salah menilai lelaki tersebut sewaktu sebelum berkahwin,dimana terlalu mengikut kata hati tanpa berfikir panjang
  • Bosan dengan pasangan kerana terlalu lama bercinta dan kemudian boleh menyebabkn hubungan yang hambar
  • Perkara2 sweet semakin berkurang selepas kawin kerana semua yg sweet2 dah dilakukan sewaktu zaman2 mengurat..??
Kebaikan memilih pilihan keluarga
  • Perkahwinan direstui oleh ahli keluarga
  • Bercinta selepas kawin..pelbagai perkara sweet2 akan berlaku
  • Kurang maksiat...
Keburukan pilihan keluarga
  • Mengambil masa untuk memahami pasangan dan berkemungkinan akan berlaku tidak persefahaman
  • Tidak mengenali sepenuhnya mengenai diri pasangan dan ada kemungkinan pasangan berpura-pura baik dihadapan keluarga
  • Sekiranya pasangan mempunyai bekas kekasih sebelum kawin (dimana dipaksa kawin atas dasar keluarga), akan ada risiko pasangan berhubung kembali dengan bekas kekasih
So, itulah pandangan si penulis terhadap isu ini..walaubagaimanpun semua ini adalah ketentuan Allah..sekiranya dia memang sudah ditakdirkan aau dijodohkan dengan kita, walaubagimanapun kita cuba menjauhi nya,kita tetap akan bersama dia...wallahualam..

Apa pun, kepada yang telah dan bakal berkahwin...

SEMOGA SUKSES DALAM PELAYARAN HIDUP SEMUA..

dan ingatlah..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya...kita selaku hambaNya harus berusaha mencari penyelesaiannya...

Ok..daaa~~

No comments:

Post a Comment

meh la komen2 dulu ye..:)